Hari ni baru rasa hilang rasa kepenatan berkayuh pada 1 Januari 2012 di UPSI dan kesibukan mengurus anak-anak sekolah semalam dan bolehlah mencoret sedikit sebanyak pengalaman geng-geng Hikmah Riderz semasa berkayuh di UPSI Ahad yang lepas.
![]() |
| Ini adalah laluan dan juga trail profile yang telah diambil oleh Shahnon dengan menggunakan jam Garmin Forerunner 610 |
Seperti biasa, Shahnon dan Hj Yazid akan merempit dengan motor mereka ke UPSI pada hari Sabtu untuk mengambil Goodies bagi pihak semua. Nak guna kereta, kosnya agak tinggi sedikit sebab kena tol. esoknya nak pergi lagi, tak boleh claim pulak tu............. (Gambar perempitan tak dapat diambil sebab tak sempat)
Setelah mesyuarat di Surau dibuat akhirnya semua bersetuju untuk pergi dengan 4 buah kereta. Ujang dengan Doc, Shahnon dengan Hj. Yazid, Nizam dan Shuk masing masing membawa kereta sendiri. Biasanya kalau yang taknak naik pool ni akan ada agenda mereka tersendiri............nanti kita lihat sapa yang kena............Jam 6.30, perjalanan dimulakan. Biasanya pasal perjalanan ni, semua risau kat Doc dengan Pajero dia sebab dia bawa slow sangat. Takut sampai lewat, tapi Alhamdulillah, semua selamat sampai tepat pada waktunya.
Sesampai saja, masing-masing menukar persalinan dan membuat pemeriksaan akhir keadaan basikal masing-masing. Jam menunjukkan dah hampir pukul 8 pagi. Maka berkayuh lah kami semua ke garisan permulaan......![]() |
| Inilah posisi kami yang agak terbelakang |
Tepat jam 8.30, peserta dilepaskan dan bermulalah kayuhan fasa pertama untuk ke Check point 1 sejauh 25km. Iaitu 12 km on road dan 13km off road. Pergghhhh........bayangkan kami berada di belakang 800 peserta, dalam fikiran kalau dapat potong 200 atau 300 orang pun dah kira okay. Tapi semangat untuk mendapat Top 100 masih berkobar kobar. Terutamanya Ujang yang hendak membuat comeback setelah 'terpeleot' di Sepang............Pada fasa pertama, Nizam dengan basikal yang telah diupgrade berkayuh laju memecut riderz yang lain melalui Proton City. Selepas itu geng telah berpecah dengan masing masing mengayuh mengikut rentak masing masing dan yang penting mencapai matlamat.
Setelah berkayuh sejauh 5km, maka telah nampak masing masing menjarakkan diri sebab kepenatan terutamanya kepada beginner ataupun kategori veteran dan wanita. Bila tiba di bukit yang pertama, maka disitulah teruji stamina masing masing yang mana bagi new riderz atau yang kurang stamina, akan memperlahankan kayuhan dan mula menjarakkan diri dari riderz yang lain.Setelah memasuki laluan off road dengan bukit yang tinggi dan keadaan jalan yang becak, maka ramailah peserta yang terpaksa menolak (menonton) sahaja basikal mereka, tetapi bagi yang mampu, RIDER...RIDER....TEPI...TEPI...ADA RIDER.......RIDER AT YOUR RIGHT.... itulah jeritan dari bro riderz yang hebat hebat.........
Memang banyak perkara yang hendak diceritakan di sini tetapi kadang-kadang pengalaman seronok dicerita melalui mulut ke mulut seperti mana penglipur lara zama dahulu.
Dipendekkan cerita, setelah mengharungi berbelas bukit, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang landai, ada yang mencodak tingginya, anak sungai ibu sungai, jambatan gantung, lopak, hutan, maka tibalah ke garisan penamat.
Sebaik sahaja Shahnon memijak garisan penamat, terkejut dia bila melihak Shuk sedang makan nasi tengahari. Dengan keadaan separuh gila terkejut (bukan apa sebab dahlah Shuk tak turun training, jamboree sepang haritu tak join, tup tup dia dah sampai awal) sambil berkata: "Oi...Shuk, cepatnya ko sampai........" Shuk tergelak besar sambil menyuap nasi goreng yang berlaukkan telur dan kuah nasi lemak. "Non, saya pergi tangkap ayam hari ni ha....ha...ha..." Laaaaaa...............rupanya Shuk pergi tangkap ayam kat Check point 2. Patutlah kat basikal dia ada sticker ayam ha...........................

So keputusannya ialah Shahnon nombor 172, Doc 184, Ujang 197, Hj Yazid, 234, Nizam 484. Nizam kata dia tersesat jalan sampai ke highway nak ke KL sebab petugas tak bagi isyarat. Kalau tak sampai awal lagi....betul ke tu Zam..............nombor tu cantik tu.......
Seperti biasa, semua menunggu lucky draw. Hj Yazid dan ujang mendapat tuah dia haritu dengan hj Yazid mendapat baju T dan Ujang dengan mini fixie. Dia frust sebab ingatkan dapat frame Giant, bolehlah tukar basikal Merida dia yang asyik bermasalah (katanya le.......).
Yang bertuah ialah isteri Iwan, dapat Giant SL frame. Walaupun dengan cerita Iwan sampai bebelas kali Cramp, tapi tuah isterikan.......... Rakan yang lain ialah Fairus rasanya no 130 dan Aziz 343. Aziz ni suka berposing. kejap berhenti ambil gambar, mungkin sebab tu dia dapat nombor tu kut..........
Akhir sekali, trak ni memang mencabar fizikal dan mental. Kayuhan adalah sejauh 46km dan masa yang dibuat (direkod oleh Shahnon) ialah 3jam 45 minit.
Sekali lagi, Ujang berkata.........I Will Be Back......
Diharap UPSI dapat menganjurkan lagi pada tahun hadapan dengan trek yang lebih mencabar..........Ride Together and Enjoy.....
![]() |
| Inilah sticker ayam Shuk.............. |

![]() |
| Ujang hairan macamana Shahnon boleh mendahului dia..... |
![]() |
| No plate dan ranking |
![]() |
| Shuk sedang bercerita macana dia pergi tangkap ayam |
![]() |
| Nizam masih tak puas hati sebab tersesat.......... |
![]() |
| Ujang ingatkan dapat Frame Giant rupanya dapat Mini Fixie |
![]() |
| Iwan dengan Frame Giant yang diperolehi oleh Isteri |














No comments:
Post a Comment