Tuesday, 24 January 2012

Kuala Pilah Jamboree dan Sungai Buaya Oldtimer

KUALA PILAH ROYAL MTB JAMBBOREE 2012

Pada 29/1/2012, sekali lagi Team Hikmah Riderz Cycling Club (HRCC) akan menyertai Jamboree iaitu Kuala Pilah Royal MTB Jamboree 2012 sempena sambuat keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kali ini hanya Ujang, Nizam, Rahman dan Doc Haris sahaja yang akan menyertai kerana yang lain mempunyai jadual kerja yang amat ketat. Kali ini Ujang benar-benar nak membuat come back setelah beberapa kali tidak berjaya. Kemungkinan Ujang akan berjaya kerana pesaing terdekatnya iaitu Shahnon tidak menyertai. Walaubagaimanapun kepantasan Doc Haris tidak boleh dipandang ringan kerana rangking beliau sekarang amat hebat setelah menukar basikal Raleighnya ke Specialized 29er. Adakah Ujang akan berjaya digelangang sendiri iaitu di negeri tanah tumpah darahnya, kita tungguuuu........... Bagaimana pula dengan Rahman yang buat julung kalinya menyertai Jamboree? Adakah dia akan membuat kejutan juga di gelanggang sendiri? kita akan tunggu keputusannya............. Walau bagaimanapun, ranking adalah sekadar suka suka sahaja yang penting Ride Together & Enjoy.........itulah moto HRCC


SBCC ROUND # 4 - OLD TIMER JAMBOREE

Buat pertama kalinya HRCC akan menyertai Jamboree yang akan diadakan oleh Kelab Berbasikal Sungai Buaya (SBCC) yang menariknya mereka menghargai veteran dan otai otai dengan menganjurkan acara ini khas untuk veteran dan otai-otai sahaja iaitu mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. HRCC akan menghantar peserta seramai 7 pengayuh yang akan menunjukkan kehandalan dan kepakaran masing masing dalam setiap teknik kayuhan dan juga teknik penukaran gear. Laporan penuh akan menyusul selepas setiap acara diadakan tungguu.................... Ride Together & Enjoy....

No comments:

Post a Comment