Monday, 9 January 2012

Kayuh hujung minggu - Ladang Almina

Seperti biasa Hikmah Riderz membuat kayuhan santai dihujung minggu. Kayuhan ini adalah untuk persediaan bagi Jamboree Sg. Selangor tetapi berentak santai di atas permintaan ramai dan oleh kerana Ujang pun terasa demam dan Shahnon yang masih sakit leher (tersalah bantal org kata).

Sepatutnya rakan Hj Yazid iaitu Fimi joint sama tapi tarik diri saat akhir mungkin dah serik kut. Seperti biasa berkumpul di depan rumah Ujang sebelum berkumpul di restoran Al-Wadud.

Kayuhan adalah amat santai dan amat pendek pada minggu ni. Lagipun cuaca yang amat panas, kami hanya sempat mendaki beberapa bukit sahaja. Akhir sekali semua membuat keputusan untuk pulang sahaja setelah berkayuh hampir 30km.

Di restoran Al-Wadud jumpa dgn geng Fakri yang membuat kayuhan di Highway Guthrie Corridor. Dengarnya depa tak nak joint Hikmah Riderz lagi sebab kononya kami ni dah pro. Alah adik, abang, kakak, kami ni biasa biasa saja cuma kadang kadang dalam exercise atau fitness training nak kena juga sekali sekala push to the limit. Ibarat, nak dapatkan sagunya kenalah pecah kan ruyung. Begitulah dalam senaman.

Ok. Bersama ini ditunjukkan laluan trail yang telah kami buat untuk rujukan.......Ride Together & Enjoy


No comments:

Post a Comment