![]() |
| Laluan kayuhan serta aras ketinggian dan kelajuan kayuhan |
Sekali lagi Team Hikmah Riderz berjaya menamatkan cabaran Jamboree MTB di mana kali ini ianya telah di adakan di Sungai Selangor sejauh 38km iaitu Sg Selangor Endurance Phase 2 pada 14 Januari 2012.
7 peserta telah mendaftar iaitu Shahnon, Ujang, Doc Haris, Hj. Yazid, Nizam, Shuk dan Rahman. Tetapi Shuk dan Rahman telah menarik diri saat akhir kerana.....banyak betul alasan.........he... Akhirnya hanya 5 sahaja yang pergi ke sana.
Seperti biasa perjalanan bermula se awal pagi (sesudah suboh....) dengan menaiki 3 buah kereta dan Fairos (Bayu) konvoi bersama. Perjalanan hanya mengambil masa setengah jam sahaja untuk sampai ke sana.
Kali ini, penganjur telah membahagikan kepada beberapa kategori iaitu Lelaki terbuka, Veteran, Wanita dan Junior. Di mana Shahnon, Ujang, Doc dan Hj Yazid dalam kategori Veteran dan Nizam dalam kategori lelaki terbuka. Perlepasan juga adalah berbeza iaitu kategori veteran akan dilepaskan selang 5 minit dari lelaki terbuka (kononya mungkin sebab veteran jadi penganjur ingat akan sampai lambat).
Seperti kebiasaanya jugalah, ternampak kelibat Aziz. Dia ni lone ranger. Setiap kali ada Jambore mesti dia ada. Bila nak join Hikmah Riderz pun tak tahu. Dan seperti kebiasaanya jugalah team Hikmah Riderz ni akan bermula dari posisi belakang. Mungkin malas nak berebut tempat permulaan.
Setelah dilepaskan maka, masing masing membuat kayuhan mengikut rentak stamina masing masing. Kayuhan amat sempurna pada jalan Tarmac. Setelah beberapa KM maka terjumpalah pengayuh dari kategori lelaki terbuka yang dah mula hilang stamina dan berjaya dipotong oleh pengayuh dalam kategori Veteran.
Ujang ingin membuat comeback setelah beberapa percubaannya dahulu agak kurang berjaya kerana beberapa faktor teknikal dan tektikal.
Setelah berhempas pulas mendaki bukit, menuruni curam dan mengharungi anak sungai, maka terjumpalah Nizam yang telah dilepaskan terlebih dahulu dalam kategori lelaki terbuka. Yang pastinya, Ujang dan Hj Yazid telah memotong Shahnon di sebuah titi yang mana hampir semua peserta terpaksa beratur panjang untuk melepasi titi tersebut.
Shahnon bertanya dengan Nizam, "Zam, ada nampak Ujang?", Nizam jawab "Takde, tapi ni dah teruk kategori veteran dah memotong lelaki terbuka"....... Maka Shahnon mengayuh sepenuh hati untuk mengejar Ujang yang mungkin dah berada jauh di depan. Hj Yazid dengan kamera Sonynya yang terbaru dan Doc dengan rentak konsistannya itu.
Kelibat Ujang belum nampak. Dalam hati Shahnon "Ni mesti Ujang memang betul betul nak buat come back untuk memastikan rankingnya berada di atas pada kali ini'
Setelah berkayuh lebih 2 jam, maka sampailah ke garisan penamat dengan cerita dan pengalaman masing masing. Berikut adalah ranking untuk Jambore kali ini. Ranking ini adalah sekadar pembakar semangat, tetapi yang penting semangat berpasukan dan kerjasama adalah kukuh. Kalau terjatuh atau tercedera, pasti rakan sepasukan akan menolong. Medal bernombor hanya diberi kepada peserta yang pertama sehinga ke 50 sahaja. Kalau mengikut website penganjur, jumlah peserta ialah seramai 1085 orang.
- Shahnon (V0001) - No 42 (medal bernombor 42)
- Doc Haris (V0005) - No 51 (medal finisher)
- Hj. Yazid (V0004) - 63 (medal finisher)
- Ujang (V0002) - 70 (medal finisher)
- Nizam (M054) - 196 (medal finisher)
![]() |
| Doc, Nizam dan Ujang sedang bersiap sedia. Adakah Ujang berjaya membuat comeback.....?? Tunggu........................ |
![]() |
| Angin tayar diperiksa untuk memastikan tekanan mencukupi |
![]() |
| Brother dari FRU turut serta. Salah sorang menggunakan T-Bolt.....perghhhh, berat tu bang. Dia punya motto "RIDE TO REACH" |
![]() |
| Garisan permulaan bagi kategori lelaki terbuka |
![]() |
| Ujang dan Hj. Yazid di kedudukan permulaan. |
![]() |
| Shahnon baru menghabiskan roti percuma. Gaya seorang bakal top 50? |
![]() |
| Sempat Ujang berposing dalam hutan. Semua terpaksa menolak basikal sebab traffic jam |
![]() |
| Traffic jam di dalam hutan. |
![]() |
| Laluan yang agak gondol dengan matahari yang memancar panas |
![]() |
| Mengharungi sebatang anak sungai. Dengarnya ada laluan kering...... |
![]() |
| Antara bukit yang memang memenatkan. Tak terlalu tinggi tetapi panjanggggggg |
![]() |
| Acara menolak basikal..................... |
![]() |
| Laluan berbukit yang bengkang bengkok |
![]() |
| Pergh............tinggi betul dan panjangggggggg.......... |
![]() |
| Lagi acara menolak basikal. Orang muda pun kena menolak |
![]() |
| Laluan Zig Zag |
![]() |
| Medal bernombor 42 |
![]() |
| Shahnon dengan medal bernombor 42 (top 50) dan Doc Haris dengan medal finishernya. Dia terlambat sorang saja, no 51 |
![]() |
| Ujang menunjukkan medal finishernya.......apo kono Jang? Tak come back lagi ni......? |
![]() |
| Medal dan Trophy bagi 5 peserta pertama Veteran |
![]() |
| Cabutan lucky draw |
![]() |
| Masing-masing menunggu keputusan lucky draw yang jelas hampagas.......NIzam termenung sebab kena potong oleh veteran. Nak ambil ke taknak ambil Specialised Epic Comp 29er? |
![]() |
| Apo kono Jang. tormonung ajo..................... |
![]() |
| Gambar belakang Doc yang diambil oleh Hj. Yazid. Dengarnya Doc taknak bergambar bila Hj Yazid panggil. Sebab taknak kena potong oleh perserta lain he..... Ride together and Enjoy......... |

























No comments:
Post a Comment