KUALA PILAH ROYAL MTB JAMBBOREE 2012
Pada 29/1/2012, sekali lagi Team Hikmah Riderz Cycling Club (HRCC) akan menyertai Jamboree iaitu Kuala Pilah Royal MTB Jamboree 2012 sempena sambuat keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kali ini hanya Ujang, Nizam, Rahman dan Doc Haris sahaja yang akan menyertai kerana yang lain mempunyai jadual kerja yang amat ketat.
Kali ini Ujang benar-benar nak membuat come back setelah beberapa kali tidak berjaya. Kemungkinan Ujang akan berjaya kerana pesaing terdekatnya iaitu Shahnon tidak menyertai. Walaubagaimanapun kepantasan Doc Haris tidak boleh dipandang ringan kerana rangking beliau sekarang amat hebat setelah menukar basikal Raleighnya ke Specialized 29er. Adakah Ujang akan berjaya digelangang sendiri iaitu di negeri tanah tumpah darahnya, kita tungguuuu...........
Bagaimana pula dengan Rahman yang buat julung kalinya menyertai Jamboree? Adakah dia akan membuat kejutan juga di gelanggang sendiri? kita akan tunggu keputusannya.............
Walau bagaimanapun, ranking adalah sekadar suka suka sahaja yang penting Ride Together & Enjoy.........itulah moto HRCC
SBCC ROUND # 4 - OLD TIMER JAMBOREE
Buat pertama kalinya HRCC akan menyertai Jamboree yang akan diadakan oleh Kelab Berbasikal Sungai Buaya (SBCC) yang menariknya mereka menghargai veteran dan otai otai dengan menganjurkan acara ini khas untuk veteran dan otai-otai sahaja iaitu mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas.
HRCC akan menghantar peserta seramai 7 pengayuh yang akan menunjukkan kehandalan dan kepakaran masing masing dalam setiap teknik kayuhan dan juga teknik penukaran gear.
Laporan penuh akan menyusul selepas setiap acara diadakan tungguu.................... Ride Together & Enjoy....
Tuesday, 24 January 2012
Sunday, 15 January 2012
Sg Selangor Endurance Phase 2 2012 - Apo kono Jang......
![]() |
| Laluan kayuhan serta aras ketinggian dan kelajuan kayuhan |
Sekali lagi Team Hikmah Riderz berjaya menamatkan cabaran Jamboree MTB di mana kali ini ianya telah di adakan di Sungai Selangor sejauh 38km iaitu Sg Selangor Endurance Phase 2 pada 14 Januari 2012.
7 peserta telah mendaftar iaitu Shahnon, Ujang, Doc Haris, Hj. Yazid, Nizam, Shuk dan Rahman. Tetapi Shuk dan Rahman telah menarik diri saat akhir kerana.....banyak betul alasan.........he... Akhirnya hanya 5 sahaja yang pergi ke sana.
Seperti biasa perjalanan bermula se awal pagi (sesudah suboh....) dengan menaiki 3 buah kereta dan Fairos (Bayu) konvoi bersama. Perjalanan hanya mengambil masa setengah jam sahaja untuk sampai ke sana.
Kali ini, penganjur telah membahagikan kepada beberapa kategori iaitu Lelaki terbuka, Veteran, Wanita dan Junior. Di mana Shahnon, Ujang, Doc dan Hj Yazid dalam kategori Veteran dan Nizam dalam kategori lelaki terbuka. Perlepasan juga adalah berbeza iaitu kategori veteran akan dilepaskan selang 5 minit dari lelaki terbuka (kononya mungkin sebab veteran jadi penganjur ingat akan sampai lambat).
Seperti kebiasaanya jugalah, ternampak kelibat Aziz. Dia ni lone ranger. Setiap kali ada Jambore mesti dia ada. Bila nak join Hikmah Riderz pun tak tahu. Dan seperti kebiasaanya jugalah team Hikmah Riderz ni akan bermula dari posisi belakang. Mungkin malas nak berebut tempat permulaan.
Setelah dilepaskan maka, masing masing membuat kayuhan mengikut rentak stamina masing masing. Kayuhan amat sempurna pada jalan Tarmac. Setelah beberapa KM maka terjumpalah pengayuh dari kategori lelaki terbuka yang dah mula hilang stamina dan berjaya dipotong oleh pengayuh dalam kategori Veteran.
Ujang ingin membuat comeback setelah beberapa percubaannya dahulu agak kurang berjaya kerana beberapa faktor teknikal dan tektikal.
Setelah berhempas pulas mendaki bukit, menuruni curam dan mengharungi anak sungai, maka terjumpalah Nizam yang telah dilepaskan terlebih dahulu dalam kategori lelaki terbuka. Yang pastinya, Ujang dan Hj Yazid telah memotong Shahnon di sebuah titi yang mana hampir semua peserta terpaksa beratur panjang untuk melepasi titi tersebut.
Shahnon bertanya dengan Nizam, "Zam, ada nampak Ujang?", Nizam jawab "Takde, tapi ni dah teruk kategori veteran dah memotong lelaki terbuka"....... Maka Shahnon mengayuh sepenuh hati untuk mengejar Ujang yang mungkin dah berada jauh di depan. Hj Yazid dengan kamera Sonynya yang terbaru dan Doc dengan rentak konsistannya itu.
Kelibat Ujang belum nampak. Dalam hati Shahnon "Ni mesti Ujang memang betul betul nak buat come back untuk memastikan rankingnya berada di atas pada kali ini'
Setelah berkayuh lebih 2 jam, maka sampailah ke garisan penamat dengan cerita dan pengalaman masing masing. Berikut adalah ranking untuk Jambore kali ini. Ranking ini adalah sekadar pembakar semangat, tetapi yang penting semangat berpasukan dan kerjasama adalah kukuh. Kalau terjatuh atau tercedera, pasti rakan sepasukan akan menolong. Medal bernombor hanya diberi kepada peserta yang pertama sehinga ke 50 sahaja. Kalau mengikut website penganjur, jumlah peserta ialah seramai 1085 orang.
- Shahnon (V0001) - No 42 (medal bernombor 42)
- Doc Haris (V0005) - No 51 (medal finisher)
- Hj. Yazid (V0004) - 63 (medal finisher)
- Ujang (V0002) - 70 (medal finisher)
- Nizam (M054) - 196 (medal finisher)
![]() |
| Doc, Nizam dan Ujang sedang bersiap sedia. Adakah Ujang berjaya membuat comeback.....?? Tunggu........................ |
![]() |
| Angin tayar diperiksa untuk memastikan tekanan mencukupi |
![]() |
| Brother dari FRU turut serta. Salah sorang menggunakan T-Bolt.....perghhhh, berat tu bang. Dia punya motto "RIDE TO REACH" |
![]() |
| Garisan permulaan bagi kategori lelaki terbuka |
![]() |
| Ujang dan Hj. Yazid di kedudukan permulaan. |
![]() |
| Shahnon baru menghabiskan roti percuma. Gaya seorang bakal top 50? |
![]() |
| Sempat Ujang berposing dalam hutan. Semua terpaksa menolak basikal sebab traffic jam |
![]() |
| Traffic jam di dalam hutan. |
![]() |
| Laluan yang agak gondol dengan matahari yang memancar panas |
![]() |
| Mengharungi sebatang anak sungai. Dengarnya ada laluan kering...... |
![]() |
| Antara bukit yang memang memenatkan. Tak terlalu tinggi tetapi panjanggggggg |
![]() |
| Acara menolak basikal..................... |
![]() |
| Laluan berbukit yang bengkang bengkok |
![]() |
| Pergh............tinggi betul dan panjangggggggg.......... |
![]() |
| Lagi acara menolak basikal. Orang muda pun kena menolak |
![]() |
| Laluan Zig Zag |
![]() |
| Medal bernombor 42 |
![]() |
| Shahnon dengan medal bernombor 42 (top 50) dan Doc Haris dengan medal finishernya. Dia terlambat sorang saja, no 51 |
![]() |
| Ujang menunjukkan medal finishernya.......apo kono Jang? Tak come back lagi ni......? |
![]() |
| Medal dan Trophy bagi 5 peserta pertama Veteran |
![]() |
| Cabutan lucky draw |
![]() |
| Masing-masing menunggu keputusan lucky draw yang jelas hampagas.......NIzam termenung sebab kena potong oleh veteran. Nak ambil ke taknak ambil Specialised Epic Comp 29er? |
![]() |
| Apo kono Jang. tormonung ajo..................... |
![]() |
| Gambar belakang Doc yang diambil oleh Hj. Yazid. Dengarnya Doc taknak bergambar bila Hj Yazid panggil. Sebab taknak kena potong oleh perserta lain he..... Ride together and Enjoy......... |
Monday, 9 January 2012
Kayuh hujung minggu - Ladang Almina
Seperti biasa Hikmah Riderz membuat kayuhan santai dihujung minggu. Kayuhan ini adalah untuk persediaan bagi Jamboree Sg. Selangor tetapi berentak santai di atas permintaan ramai dan oleh kerana Ujang pun terasa demam dan Shahnon yang masih sakit leher (tersalah bantal org kata).
Sepatutnya rakan Hj Yazid iaitu Fimi joint sama tapi tarik diri saat akhir mungkin dah serik kut. Seperti biasa berkumpul di depan rumah Ujang sebelum berkumpul di restoran Al-Wadud.
Kayuhan adalah amat santai dan amat pendek pada minggu ni. Lagipun cuaca yang amat panas, kami hanya sempat mendaki beberapa bukit sahaja. Akhir sekali semua membuat keputusan untuk pulang sahaja setelah berkayuh hampir 30km.
Di restoran Al-Wadud jumpa dgn geng Fakri yang membuat kayuhan di Highway Guthrie Corridor. Dengarnya depa tak nak joint Hikmah Riderz lagi sebab kononya kami ni dah pro. Alah adik, abang, kakak, kami ni biasa biasa saja cuma kadang kadang dalam exercise atau fitness training nak kena juga sekali sekala push to the limit. Ibarat, nak dapatkan sagunya kenalah pecah kan ruyung. Begitulah dalam senaman.
Ok. Bersama ini ditunjukkan laluan trail yang telah kami buat untuk rujukan.......Ride Together & Enjoy

Thursday, 5 January 2012
UPSI Rainforest MTB Jamboree 2012
Salam semua,
Hari ni baru rasa hilang rasa kepenatan berkayuh pada 1 Januari 2012 di UPSI dan kesibukan mengurus anak-anak sekolah semalam dan bolehlah mencoret sedikit sebanyak pengalaman geng-geng Hikmah Riderz semasa berkayuh di UPSI Ahad yang lepas.
Yang mendaftar untuk menyahut cabaran adalah seramai 7 riderz, tapi sorang dah awal-awal lagi 'terpaksa' mengundurkan diri, kononya ada kenduri kat kampung. Betul ke tidak tak pasti. Tapi yang dah betul betul nekad adalah seramai 6 riderz iaitu Shahnon, Ujang, Hj Yazid, Doc, Nizam dan Shuk. Rahman? ehem....ehem, apo kono ko Man? Mano den poyi......
Seperti biasa, Shahnon dan Hj Yazid akan merempit dengan motor mereka ke UPSI pada hari Sabtu untuk mengambil Goodies bagi pihak semua. Nak guna kereta, kosnya agak tinggi sedikit sebab kena tol. esoknya nak pergi lagi, tak boleh claim pulak tu............. (Gambar perempitan tak dapat diambil sebab tak sempat)
Setelah mesyuarat di Surau dibuat akhirnya semua bersetuju untuk pergi dengan 4 buah kereta. Ujang dengan Doc, Shahnon dengan Hj. Yazid, Nizam dan Shuk masing masing membawa kereta sendiri. Biasanya kalau yang taknak naik pool ni akan ada agenda mereka tersendiri............nanti kita lihat sapa yang kena............
Jam 6.30, perjalanan dimulakan. Biasanya pasal perjalanan ni, semua risau kat Doc dengan Pajero dia sebab dia bawa slow sangat. Takut sampai lewat, tapi Alhamdulillah, semua selamat sampai tepat pada waktunya.
Sesampai saja, masing-masing menukar persalinan dan membuat pemeriksaan akhir keadaan basikal masing-masing. Jam menunjukkan dah hampir pukul 8 pagi. Maka berkayuh lah kami semua ke garisan permulaan......
MasyaAllah.......ramainya. Rupanya kami sampai dah agak lewat dan terpaksa berada di bahagian belakang. Dimaklumkan lebih dari 1200 peserta yang mengambil bahagian dan kami rasanya berada di kelompok yang dibelakang 700 atau 800 orang. Aduh.....macamana nak memotong ni. Gomo shahnon gomo. Hobing jang hobing............
Tepat jam 8.30, peserta dilepaskan dan bermulalah kayuhan fasa pertama untuk ke Check point 1 sejauh 25km. Iaitu 12 km on road dan 13km off road. Pergghhhh........bayangkan kami berada di belakang 800 peserta, dalam fikiran kalau dapat potong 200 atau 300 orang pun dah kira okay. Tapi semangat untuk mendapat Top 100 masih berkobar kobar. Terutamanya Ujang yang hendak membuat comeback setelah 'terpeleot' di Sepang............
Pada fasa pertama, Nizam dengan basikal yang telah diupgrade berkayuh laju memecut riderz yang lain melalui Proton City. Selepas itu geng telah berpecah dengan masing masing mengayuh mengikut rentak masing masing dan yang penting mencapai matlamat.
Setelah berkayuh sejauh 5km, maka telah nampak masing masing menjarakkan diri sebab kepenatan terutamanya kepada beginner ataupun kategori veteran dan wanita. Bila tiba di bukit yang pertama, maka disitulah teruji stamina masing masing yang mana bagi new riderz atau yang kurang stamina, akan memperlahankan kayuhan dan mula menjarakkan diri dari riderz yang lain.
Setelah memasuki laluan off road dengan bukit yang tinggi dan keadaan jalan yang becak, maka ramailah peserta yang terpaksa menolak (menonton) sahaja basikal mereka, tetapi bagi yang mampu, RIDER...RIDER....TEPI...TEPI...ADA RIDER.......RIDER AT YOUR RIGHT.... itulah jeritan dari bro riderz yang hebat hebat.........
Memang banyak perkara yang hendak diceritakan di sini tetapi kadang-kadang pengalaman seronok dicerita melalui mulut ke mulut seperti mana penglipur lara zama dahulu.
Dipendekkan cerita, setelah mengharungi berbelas bukit, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang landai, ada yang mencodak tingginya, anak sungai ibu sungai, jambatan gantung, lopak, hutan, maka tibalah ke garisan penamat.
Sebaik sahaja Shahnon memijak garisan penamat, terkejut dia bila melihak Shuk sedang makan nasi tengahari. Dengan keadaan separuh gila terkejut (bukan apa sebab dahlah Shuk tak turun training, jamboree sepang haritu tak join, tup tup dia dah sampai awal) sambil berkata: "Oi...Shuk, cepatnya ko sampai........" Shuk tergelak besar sambil menyuap nasi goreng yang berlaukkan telur dan kuah nasi lemak. "Non, saya pergi tangkap ayam hari ni ha....ha...ha..." Laaaaaa...............rupanya Shuk pergi tangkap ayam kat Check point 2. Patutlah kat basikal dia ada sticker ayam ha...........................

So keputusannya ialah Shahnon nombor 172, Doc 184, Ujang 197, Hj Yazid, 234, Nizam 484. Nizam kata dia tersesat jalan sampai ke highway nak ke KL sebab petugas tak bagi isyarat. Kalau tak sampai awal lagi....betul ke tu Zam..............nombor tu cantik tu.......
Seperti biasa, semua menunggu lucky draw. Hj Yazid dan ujang mendapat tuah dia haritu dengan hj Yazid mendapat baju T dan Ujang dengan mini fixie. Dia frust sebab ingatkan dapat frame Giant, bolehlah tukar basikal Merida dia yang asyik bermasalah (katanya le.......).
Yang bertuah ialah isteri Iwan, dapat Giant SL frame. Walaupun dengan cerita Iwan sampai bebelas kali Cramp, tapi tuah isterikan.......... Rakan yang lain ialah Fairus rasanya no 130 dan Aziz 343. Aziz ni suka berposing. kejap berhenti ambil gambar, mungkin sebab tu dia dapat nombor tu kut..........
Akhir sekali, trak ni memang mencabar fizikal dan mental. Kayuhan adalah sejauh 46km dan masa yang dibuat (direkod oleh Shahnon) ialah 3jam 45 minit.
Sekali lagi, Ujang berkata.........I Will Be Back......
Diharap UPSI dapat menganjurkan lagi pada tahun hadapan dengan trek yang lebih mencabar..........Ride Together and Enjoy.....

Hari ni baru rasa hilang rasa kepenatan berkayuh pada 1 Januari 2012 di UPSI dan kesibukan mengurus anak-anak sekolah semalam dan bolehlah mencoret sedikit sebanyak pengalaman geng-geng Hikmah Riderz semasa berkayuh di UPSI Ahad yang lepas.
![]() |
| Ini adalah laluan dan juga trail profile yang telah diambil oleh Shahnon dengan menggunakan jam Garmin Forerunner 610 |
Seperti biasa, Shahnon dan Hj Yazid akan merempit dengan motor mereka ke UPSI pada hari Sabtu untuk mengambil Goodies bagi pihak semua. Nak guna kereta, kosnya agak tinggi sedikit sebab kena tol. esoknya nak pergi lagi, tak boleh claim pulak tu............. (Gambar perempitan tak dapat diambil sebab tak sempat)
Setelah mesyuarat di Surau dibuat akhirnya semua bersetuju untuk pergi dengan 4 buah kereta. Ujang dengan Doc, Shahnon dengan Hj. Yazid, Nizam dan Shuk masing masing membawa kereta sendiri. Biasanya kalau yang taknak naik pool ni akan ada agenda mereka tersendiri............nanti kita lihat sapa yang kena............Jam 6.30, perjalanan dimulakan. Biasanya pasal perjalanan ni, semua risau kat Doc dengan Pajero dia sebab dia bawa slow sangat. Takut sampai lewat, tapi Alhamdulillah, semua selamat sampai tepat pada waktunya.
Sesampai saja, masing-masing menukar persalinan dan membuat pemeriksaan akhir keadaan basikal masing-masing. Jam menunjukkan dah hampir pukul 8 pagi. Maka berkayuh lah kami semua ke garisan permulaan......![]() |
| Inilah posisi kami yang agak terbelakang |
Tepat jam 8.30, peserta dilepaskan dan bermulalah kayuhan fasa pertama untuk ke Check point 1 sejauh 25km. Iaitu 12 km on road dan 13km off road. Pergghhhh........bayangkan kami berada di belakang 800 peserta, dalam fikiran kalau dapat potong 200 atau 300 orang pun dah kira okay. Tapi semangat untuk mendapat Top 100 masih berkobar kobar. Terutamanya Ujang yang hendak membuat comeback setelah 'terpeleot' di Sepang............Pada fasa pertama, Nizam dengan basikal yang telah diupgrade berkayuh laju memecut riderz yang lain melalui Proton City. Selepas itu geng telah berpecah dengan masing masing mengayuh mengikut rentak masing masing dan yang penting mencapai matlamat.
Setelah berkayuh sejauh 5km, maka telah nampak masing masing menjarakkan diri sebab kepenatan terutamanya kepada beginner ataupun kategori veteran dan wanita. Bila tiba di bukit yang pertama, maka disitulah teruji stamina masing masing yang mana bagi new riderz atau yang kurang stamina, akan memperlahankan kayuhan dan mula menjarakkan diri dari riderz yang lain.Setelah memasuki laluan off road dengan bukit yang tinggi dan keadaan jalan yang becak, maka ramailah peserta yang terpaksa menolak (menonton) sahaja basikal mereka, tetapi bagi yang mampu, RIDER...RIDER....TEPI...TEPI...ADA RIDER.......RIDER AT YOUR RIGHT.... itulah jeritan dari bro riderz yang hebat hebat.........
Memang banyak perkara yang hendak diceritakan di sini tetapi kadang-kadang pengalaman seronok dicerita melalui mulut ke mulut seperti mana penglipur lara zama dahulu.
Dipendekkan cerita, setelah mengharungi berbelas bukit, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang landai, ada yang mencodak tingginya, anak sungai ibu sungai, jambatan gantung, lopak, hutan, maka tibalah ke garisan penamat.
Sebaik sahaja Shahnon memijak garisan penamat, terkejut dia bila melihak Shuk sedang makan nasi tengahari. Dengan keadaan separuh gila terkejut (bukan apa sebab dahlah Shuk tak turun training, jamboree sepang haritu tak join, tup tup dia dah sampai awal) sambil berkata: "Oi...Shuk, cepatnya ko sampai........" Shuk tergelak besar sambil menyuap nasi goreng yang berlaukkan telur dan kuah nasi lemak. "Non, saya pergi tangkap ayam hari ni ha....ha...ha..." Laaaaaa...............rupanya Shuk pergi tangkap ayam kat Check point 2. Patutlah kat basikal dia ada sticker ayam ha...........................

So keputusannya ialah Shahnon nombor 172, Doc 184, Ujang 197, Hj Yazid, 234, Nizam 484. Nizam kata dia tersesat jalan sampai ke highway nak ke KL sebab petugas tak bagi isyarat. Kalau tak sampai awal lagi....betul ke tu Zam..............nombor tu cantik tu.......
Seperti biasa, semua menunggu lucky draw. Hj Yazid dan ujang mendapat tuah dia haritu dengan hj Yazid mendapat baju T dan Ujang dengan mini fixie. Dia frust sebab ingatkan dapat frame Giant, bolehlah tukar basikal Merida dia yang asyik bermasalah (katanya le.......).
Yang bertuah ialah isteri Iwan, dapat Giant SL frame. Walaupun dengan cerita Iwan sampai bebelas kali Cramp, tapi tuah isterikan.......... Rakan yang lain ialah Fairus rasanya no 130 dan Aziz 343. Aziz ni suka berposing. kejap berhenti ambil gambar, mungkin sebab tu dia dapat nombor tu kut..........
Akhir sekali, trak ni memang mencabar fizikal dan mental. Kayuhan adalah sejauh 46km dan masa yang dibuat (direkod oleh Shahnon) ialah 3jam 45 minit.
Sekali lagi, Ujang berkata.........I Will Be Back......
Diharap UPSI dapat menganjurkan lagi pada tahun hadapan dengan trek yang lebih mencabar..........Ride Together and Enjoy.....
![]() |
| Inilah sticker ayam Shuk.............. |

![]() |
| Ujang hairan macamana Shahnon boleh mendahului dia..... |
![]() |
| No plate dan ranking |
![]() |
| Shuk sedang bercerita macana dia pergi tangkap ayam |
![]() |
| Nizam masih tak puas hati sebab tersesat.......... |
![]() |
| Ujang ingatkan dapat Frame Giant rupanya dapat Mini Fixie |
![]() |
| Iwan dengan Frame Giant yang diperolehi oleh Isteri |
Subscribe to:
Posts (Atom)