Tuesday, 21 February 2012

Kayuhan ke Bukit Fraser, Pahang




.













19 FEBRUARI 2012, BUKIT FRASER, PAHANG - Seramai 9 orang team HRCC telah membuat kayuhan ke Bukit Fraser yang bermula dari Sungai Chilling iaitu lebih kurang 30km dari puncak Bukit Fraser. Kayuhan naik dan turun adalah sejauh 60km selama 3 jam 45 minit.

Sebenarnya idea untuk kayuhan ke Bukit Fraser ni dah tercetu tahun lepas lagi, tapi pada masu tu stamina dan keyakinan diri belum kuat. Almaklumlah, kami ni biasanya panjat bukit Almina je. Samping tu nak mendapat kelulusan dari 'Menteri Kewangan" merangkap 'Menteri Dalam Negeri' akan mengambil masa. Jadi, setelah beberapa kali permohonan dibuat maka kelulusan diperolehi.

Pada awalnya, ramai juga yang nak ikut (biasalah perkara ni). Tapi pada saat akhir, ramai pulak yang menarik diri kononya nak jaga anak sebab bini baru bersalin, saudara buat kenduri, kena overtime, kena stanby dan macam-macam alasan yang telah biasa didengar. Ada yang senyap terus dan tak on telefon.

Tapi yang terkejutnya si Hj. Naim. Tak hujan tak panas tiba-tiba je sms pagi pagi katanya nak join. Hebat betul Hj. Naim.

Macam biasa, setelah berkumpul di depan Petronas Subang Bestari, maka kami memulakan perjalanan ke Kuala Kubu Baru melalui Sungai Buluh sebanyak 4 buah kenderaan. Kali ni Ujang bawa kereta sendiri. Katanya nak balik awal sebab bini ajak tengok anak kat asrama. (Alah Jang......cakap je bini suruh balik makan tengahari kat rumah)............Lupa nak ambil gambar pulak masa berkumpul.

Setelah sampai di bandar Kuala Kubu, berjumpa pula dengan kawan Hj Yazid, Abang Hamdan. Abang Hamdan ni selalu jugak join team HRCC dan dia dah nak pencen dah, dengarnya bulan 5 ni. So dialah pengayuh yang paling veteran.
Kami singgah kat restoran mamak untuk mengalas perut dan mengosongkan tangki yang ada. Bukan apa susah juga nak membuang tepi jalan sepanjang ke bukit Fraser. Ada yang makan roti canai, capati, telur masak separuh, roti bakar bagi memberi tenaga.

Setelah selesai mengigi perut, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Chiling untuk meletak kenderaan Park and Ride). Sepanjang perjalanan yang hampir 10km dari KKB ke Sg. chiling, kami berjumpa dengan pengayuh dari kumpulan Dave yang memulakan kayuhan di KKB. Pemandangan empangan amat indah sekali.
Sesampai saja, persediaan dibuat untuk berkayuh. Fimi BMC (kawan Hj. Yazid) dah bermula awal. Katanya takut kena tinggal itu sebab dia berlepas awal. Sekali lagi, tangki perut dikosongkan.

Tepat jam 9.37am, kami memulakan kayuhan sejauh 30km. TETAPI, setelah berkayuh 450m, rantai basikal Fairus pulak putus, aduh.......Kami tersadai hampir 30 minit. Nasib baik Shahnon ada membawa pin rantai spare untuk menyambung rantai si Fairus.

Tepat jam 10.00am, kami memulakan kayuhan. Kayuhan kali ini tidaklah sepenat semasa mendaki bukit Karak pada tahun lepas. Mungkin stamina kami ni dah okay kut sebab dah lama berkayuh dan dah beberapa kali menyertai Jamboree.

Shahnon mengubahsuai basikal dia dengan menggunakan tayar sotong untuk road dan saddle yang agak tebal dan empuk. Yang lain adalah memang harcore punya basikal.

Setelah berkayuh sejauh 11km, kami berhenti rehat dan menuggu Nizam dan Hj. Naim yang kat belakang. Katanya saja nak menikmati pemandangan hutan..................Bro Hamdan yang dah nak pencen pun sampai awal. Kami berehat dalam 20minit dan meneruskan perjalanan ke Gap.

Setelah berkayuh selama 1jam 22minit, maka sampailah kami di Gap, Bukit Fraser. Setelah menunggu hampir 15minit, kelibat Nizam dan Naim belum nampak. Ujang dah nak cepat sebab nak balik awal. Telefon takde network (apa dah Maxis ni). Kami mengambil keputusan untuk naik dahulu dari Gap ke Puncak sejauh 8km.

Kali ni kayuhan agak perlahan kerana kecerunan bukit yang agak tinggi dari sebelum ni. Dan juga kena berhati hati kerana kenderaan yang hendak ke atas juga. Semua lampu signal dipasang bagi memberi amaran kepada pemandu.

Setelah berkayuh selama 2jam 10minit, maka sampailah kami dipuncak Bukit Fraser setinggi 1271 meter dari paras laut dengan penuh kegembiraan. Walaupun dah banyak kali datang ke Bukit Fraser, biasanya dengan kereta, kali ini kami berjaya mendaki dengan menggunakan basikal. Kegembiraan jelas kelihatan dimuka semua orang. Cuma Nizam dan Naim saja masih belum sampai.

Kami terus ke food court untuk makan tengahari dan ke masjid untuk solat Zohor. Setelah selesai dan Nizam pun juga selesai, masa untuk berkayuh menuruni bukit. Tetapi Naim masih belum kelihatan. Sebelum tu Ujang dan Fimi dah pulang awal. Jadi yang tinggal adalah Shahnon, Hj Yazid, Nizam, Fairus, Chickiboo (kawan Fairus) dan Bro Hamdan.

Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk turun dahulu dan kalau kereta Naim ada maknaya dia masih kat atas dan kmi akan menjejaki dia dengan kereta.

Kayuhan turun ke Gap dan Sg Chiling dimulakan dengan menuruni bukit dari ketinggian 1,271 meter dari paras laut sejauh 30km. Kami mengambil masa selama 50minit untuk menuruni bukit sejauh 30km dengan kelajuan purata ialah 40km/h dan kelajuan tertinggi ialah hampir 60km/h.

Kami terserempak dengan Naim di tempat meletak kenderaan di Sg. Chiling. Rupanya sampai dipuncak bukit, dia terus turun dan terseremnpak dengan Ujang dan Fimi. Siap mandi air terjun lagi......................

Setelah berpenat lelah lebih dari 3 jam berkayuh, akhirnya Team Hikmah Riderz Cycling Club berjaya menawan Bukit Fraser..................Bravo HRCC..........Ride Together & Enjoy......

Adakah Ujang berjaya membuat Comeback di Bukit Fraser?................jeng....jeng.......















































No comments:

Post a Comment