Thursday, 15 December 2011

Salam Permulaan


Oleh kerana kegilaan terhadap aktiviti berbasikal yang pada awalnya adalah sekadar untuk beriadah dan menurunkan berat badan yang dah amat berlebihan, maka beberapa orang yang tinggal di Subang Bestari Zon 3 telah membeli basikal MTB untuk membuat 'exercise'. Tak pasti siapa yang memulakanya tetapi di antaranya ialah Presiden Persatuan Penduduk Subang Bestari Zon 3 (PPSBZ3) pada masa itu iaitu Shahnon Abd Rahman, AJK Surau Al Hikmah, Zahari Mohd Reba aka Ujang dan Hj Yazid. Selepas beberapa ketika ianya berkembang dan beberapa penduduk yang lain telah berminat dan membeli basikal seperti bekas Timb. Presiden PPSBZ3 Abd. Rahman Abd. Malek, Rosnizam Moin, Dr. Harris aka Doc, Yusmazri, Ahmad Shukri, Ainul, dan  Jawari aka Joe.

Setelah menunggang lebih dari setahun semenjak Julai 2010 dan telah mendaki beberapa bukit seperti Bukit Ramlee di Alam Budiman, Bukit Almina, Bukit RRI, Bukit Steroid di FRIM dan juga Bukit Karak serta menunggang bersama dengan Professional Rider aka Otai, dan team member telah berkeyakinan untuk meneruskan perjuangan yang lebih mencabar, maka tertubuhlah Team Hikmah Riderz untuk menunggang bersama di dalam kesemua acara Jamboree, Ride For Charity dan juga Race.