Monday, 26 December 2011

Sesi Meng'upgrade' basikal

Oleh kerana Shahnon berjaya memintas ranking member-member yang lain pada Jamboree di Sepang, maka basikal telah menjadi mangsa untuk di upgrade. Kata mereka sebab basikal berat tak boleh pergi laju..........betul ke ni? ke stamina?

Maka sesi meng'upgrade' basikal telah berlaku di saat saat terakhir menjelang Jamboree di UPSI bagi memastikan mereka berada di rangking yang seangkatan dengan otai -otai.

Tetapi sebelum sesi meng'upgrade' components, Dr. Harris telah menukar basikal Raleighnya yang memang berat ke basikal jenama Specialized Rockhopper 29er. Jadi dikalangan team member, tayar basikal Dr. adalah yang paling besar dan memungkinkannya mengayuh lebih laju. Tetapi, jamboree di Sepang telah menghancurkan harapan Dr. Dengarnya dia nak buat comeback masa kat UPSI nanti. Kita tunggu....................

Nizam telah menukar Crankset, Cassette, rantai standard kepada SRAM X9 set dengan 10 gear. Seatpost telah ditukarkan menggunakan jenama Thomson, Handlebar dan Stem. Saddle juga ditukar untuk memastikan berat basikal dikurangkan. Penimbangan rasmi belum dibuat tetapi anggaran berat basikal sekarang adalah dalam 10.5kg dengan menggunakan frame M4 dari Sepcialized.

Setelah mendapat lampu hijau dari menteri kewangan dan ketidakbertuahan membawa balik motor Ducati Monster dalam Luck Drawn di Jamboree Alor Gajah minggu lepas, Hj Yazid telah membuat perubahan besar-besaran kepada basikalnya. Groupset telah ditukar dari standard kepada SRAM XO (3x10) dengan RD dan FD yang baru, kecuali brakeset. Handlebar dan seatport telah ditukar kepada jenama Truvatic Full Carbon. Fork menggunakan jenama Epicon dan menggunakan tubeless wheelset. Anggaran berat tidak rasmi ialah 10.8 kg. Dengan penurunan berat yang amat ketara dan juga perubahan gear dari 9speed kepada 10speed akan memberi kelebihan pecutan kepada Hj Yazid.

Shahnon masih menggunakan standard accessories yang ada pada basikal beliau iaitu Specialized Epic Comp M5 frame dengan mengunakan Brain untuk Full Suspension. Dia hanya menukar handlebar dari standard alloy kepada fullcarbon dari PZ Racing. Katanya nak tunggu model 2012 dari SRAM.

Ujang masih dengan Merida kesayangannya. Dengarnya tengah menunggu bajet diluluskan oleh menteri kewangan. Hobing jang hobing...............Tapi kalau ujang aka Tok Batin menukar semua komponen atau basikal yang baru, rasanya memang tak terkejar semua. Jadi harapan team member biarlah ujang tu dengan basikal tuanya.

Member-member yang lain masih tidak mmendapat khabar berita samada nak meng'upgrade' atau tidak tetapi racun dah semakin menular........................Ride Together & Enjoy....

Friday, 16 December 2011

Sg Selangor Phase 2 Endurance Race

Team Hikmah Riderz telah mendaftar untuk membuat kayuhan bagi sesi ke-3 di Sg Selangor Phase 2 Endurance Race yang akan diadakan pada 14 Januari 2012.

Kali ini seramai 7 pengayuh yang akan mengayuh basikal mereka mengharungi denai, lopak, sungai, jambatan dan jalan raya.

Goodies bag dan medal nampaknya amat menarik. Terima kasih kepada penganjur. Barulah riderz berpuas hati naik kereta pergi ke sana.

Latihan kayuh lasak adalah seperti biasa di beberapa bukit di ladang sawit Almina. Esok (sabtu) latihan adalah seawal jam 7.30 pagi, tuang lagi kuliah suboh. Kali ini Ujang nak kayuh non stop sejauh 35km sebab nak pastikan stamina mantap. Itulah katanya, tapi kata Shuk dan Man, apo nok di kojarnyo jang................nombor 200 pon medol dapet jugok. ........ Ride Together & Enjoy

Thursday, 15 December 2011

UPSI Rainforest MTB Jamboree 2011/2012



Misi kayuhan Team Hikmah Riderz seterusnya adalah UPSI Rainforest MTB Jamboree 2011/2012 yang akan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. http://upsimtb.blogspot.com/

Pada kali ini, peserta telah bertambah seramai 2 orang iaitu Rahman dan Shukri aka Shuk. Depa ni tak tahan kena kutuk kat surau sebab training dah lama tapi takut nak masuk Jamboree. Jadi pada kali ini mereka telah menyahut cabaran rakan-rakan yang lain.

Borang penyertaan telah di hantar dan bayaran telah dibuat. Nama pun telah dimasukkan ke dalam website mereka https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?pli=1&key=0AgQsZ9F17jLidGdaOXhRQTE1UGtOX3BWU1ZuWGN2MUE#gid=0

Nombor peserta ialah 0892 (shahnon), 0893 (Ujang), 0894 (Nizam), (0895) Rahman, (0896) Yazid, 0897 (Doc) dan 0907 (Shuk). Shuk sorang nombor lain sebab kena cucuk kat surau semalam baru nak joint.

Hujung minggu ni latihan perlu dijalankan kalau tak jadi macam Ujang, Cramp kaki masa kat Sepang dan Shuk yang asyik Cramp saja bila panjat bukit lipat................Ride Together

Sepang MTB Jamboree 2011

Team Hikmah Riderz yang terdiri dari 5 peserta, Shahnon, Ujang, Doc, Nizam dan Hj Yazid telah PERTAMA KALI menyertai MTB Jamboree yang diadakan di Sepang pada 11 Disember 2011 sejauh 32km onroad/offroad. Seramai 500-600 riders telah berkumpul seawal pagi untuk memulakan kayuhan.

 


Acara telah bermula sehari lebih awal di mana Shahnon dan Hj Yazid telah menunggang motosikal ER6 mereka ke Sepang untuk mengambil Goodies bag bagi pihak rakan rakan. Sebenarnya Hj Yazid gian lama tak naik motosikal dia. Dalam jam 2.30 ptg Shahnon dan Hj Yazid memecut laju ke litar Sepang dengan memakai sut mereka.

Setelah pendaftaran dibuat dan goodies bag diambil maka bergegas pulang sebab langit dah nampak teramat gelap. Dengan memecut laju sesampai saja di Subang jaya, maka jatuhlah air dari langit mencurah curah. Mereka berhenti di bawah Overhead Bridge untuk menunggu hujan reda. Dan mereka meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan basah kuyup kecuali Hj Yazid yang membawa baju hujan (ada ke patut bawa motor besar pakai baju hujan, tak macholah bro).

Keesokan harinya perjalanan dimulakan seawal jam 6.30 pagi bergerak dari Subang Bestari ke Sepang. Sebanyak 3 buah kereta bersama 5 buah basikal berkonvoi bersama. Tapi biasanya Doc yang lambat sampai sebab naik Pajero dia. Nizam bawa CRV sorang sorang (dengarnya senang nak cabut awal tak payah tunggu member). Shahnon berkongsi kereta dengan Hj Yazid dan Doc dengan Ujang.

Sampai saja di Sepang lebih kurang jam 7.15 pagi, Ujang dah menggelabah sebab tertinggal Helmet. Dengar cerita kena sorok oleh Mem besar he..... Jadi terpaksalah beli helmet baru (bajet 2011). Persiapan rapi dibuat. Segala 'tangki' dikosongkan bagi meringankan beban dan yang paling penting mana boleh tuang tengah jalan.

Tepat 8.45, acara dimulakan maka pelbagai aksi penunggang dan kayuhan boleh dilihat sepanjang trail tersebut. Kami bermula di tempat belakang. Biasalah, segan nak duduk kat depan sebab otai-otai ramai. Kami ni 1st timer jadi kena kat belakang sikit. Kalau dapat nombor tercorot pun ada alasan sebab bermula dari belakang.

Setelah beberapa jam berkayuh maka sampailah ke garisan penamat. Shahnon berjaya menduduki nombor 44 (top 50) dari beberapa ratus peserta dan mendapat Medal serta Goodies Bag. Yang lain berjaya menyudahkan kayuhan walaupun mendapat tempat 100 ke atas dan membawa balik medal juga (hanya 100 kebawah sahaja mendapat goodies bag).



Acara seterusnya dan yang sangat dinantikan oleh peserta Jamboree ni ialah Lucky Draw. Pelbagai hadiah disediakan. Cabutan dibuat dan Shahnon berjaya mendapat lucky draw tetapi bukan hadiah utama hanya Vouncer bernilai RM200. Ujang, Doc, Nizam dan Hj Yazid dengan penuh keghairahan dan gelisah menunggu setiap nombor yang dicabut. Tetapi setelah menuggu hampir sejam dan beratus hadiah diberi dan nombor di cabut, satu nombor pun tak naik. Inilah dikatakan LUCKY DRAW.

Kayuhan seterusnya ialah UPSi Rainforest MTB Jamboree 2011/2012 di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Latihan akan diteruskan pada hujung minggu ini. Dan Ujang hendak membuat comeback sebab tak dapat jadi top 50 dalam Sepang Jamboree..........Ride Together

Salam Permulaan


Oleh kerana kegilaan terhadap aktiviti berbasikal yang pada awalnya adalah sekadar untuk beriadah dan menurunkan berat badan yang dah amat berlebihan, maka beberapa orang yang tinggal di Subang Bestari Zon 3 telah membeli basikal MTB untuk membuat 'exercise'. Tak pasti siapa yang memulakanya tetapi di antaranya ialah Presiden Persatuan Penduduk Subang Bestari Zon 3 (PPSBZ3) pada masa itu iaitu Shahnon Abd Rahman, AJK Surau Al Hikmah, Zahari Mohd Reba aka Ujang dan Hj Yazid. Selepas beberapa ketika ianya berkembang dan beberapa penduduk yang lain telah berminat dan membeli basikal seperti bekas Timb. Presiden PPSBZ3 Abd. Rahman Abd. Malek, Rosnizam Moin, Dr. Harris aka Doc, Yusmazri, Ahmad Shukri, Ainul, dan  Jawari aka Joe.

Setelah menunggang lebih dari setahun semenjak Julai 2010 dan telah mendaki beberapa bukit seperti Bukit Ramlee di Alam Budiman, Bukit Almina, Bukit RRI, Bukit Steroid di FRIM dan juga Bukit Karak serta menunggang bersama dengan Professional Rider aka Otai, dan team member telah berkeyakinan untuk meneruskan perjuangan yang lebih mencabar, maka tertubuhlah Team Hikmah Riderz untuk menunggang bersama di dalam kesemua acara Jamboree, Ride For Charity dan juga Race.